Pages

Monday, February 14, 2011

PILIHANRAYA KAMPUS KTD SESI 2011/2012

Assalamualaikum,

Pada 9 Februari 2011 , Presiden & Exco MPP KTD telah dengan rasminya mengisytiharkan PEMBUBARAN Majlis Perwakilan Pelajar (MPP KTD) bagi membolehkan Piliharaya Kampus KTD diadakan untuk memilih ahli majlis Majlis Perwakilan Pelajar yang baru sesi 2011/2012. Turut hadir Penasihat MPP (HEP) dan semua Pengerusi Kelab/Persatuan yang bernaung di bawah MPP KTD.

Selepas pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP KTD) ini, semua ahli majlis Majlis Perwakilan Pelajar (MPP KTD) akan bertindak sebagai “executive caretaker” sehingga semua keputusan pemilihan diumumkan.

Kalendar Pilihanraya Kampus (MPP) KTD
 
Pembubaran MPP KTD 9 Feb 2011
Penubuhan Jawatankuasa Pilihanraya 10 Feb 2011
Borang Penamaan Calon dikeluarkan 13 Feb 2011
Hari Penamaan Calon 17 Feb 2011 (9.00 pagi - 12.30 t/hari)
Tempoh Bantahan 17 Feb 2011 (12.30 t/hari - 1.30 ptg)
Hari Perisytiharan Calon yang Bertanding 17 Feb 2011 (2.30 ptg)
Tempoh Berkempen 17 Feb 2011 hingga 24 Feb 2011
Hari Mengundi 24 Feb 2011 (8.30 pagi - 3.00 ptg)
Perisytiharan Calon Yang Menang 24 Feb 2011 (6.00 ptg)


Syarat Umum Menjadi Calon

1. Mahasiswa (senarai aktif HEA) semester 2 ke atas . Telah ada keputusan peperiksaan semester lalu.
2. Masih berbaki 1 tahun pengajian.
3. CGPA 2.5 ke atas.
4. Tiada rekod disiplin dengan kolej.
5. Mendapat sokongan untuk bertanding dari Pengurus HEA dan Pengurus HEP.

wslm

Unit Pentadbiran,Kepimpinan,Kelab/Persatuan & Alumni.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar KTD

Monday, January 24, 2011

Selamat Datang ke Kolej Teknologi Darulnaim

Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat Allah sentiasa. 
Dikesempatan ini, Majlis Perwakilan Pelajar KTD ingin mengucapkan Selamat Datang ke Kolej Teknologi Darulnaim kepada semua pelajar baru ambilan ke-2 yang telah berdaftar pada 23 Januari lepas.

Apa istimewanya KTD?
. KTD a.k.a Kolej Terbaik Dunia!
. Pensyarah yang berdedikasi
. Persekitaran yang membina. Ya, sangat membina khas buat insan seperti kita.
. Tapak membangunkan minda menjadi individu "first class".

TAHNIAH. semoga kehadiran kalian menambah lagi kekuatan kami di KTD. sama-sama kita lengkap melengkapi untuk menjadi sebutir bintang yang dipandang Allah. InsyaAllah.

Wednesday, January 12, 2011

Kursus Kahwin di KTD

Monday, January 10, 2011

Muhasabah Cinta

Sedikit perkongsian berkenaan Konsert Malam Muhasabah Cinta yang telah diadakan di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Konsert MMC ini adalah Anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM KK & ShouHAR Event Management bersempena Bulan Festival Kelestarian Islam (FESKI) USM. 
Tn Hj Rosdi Baharom selaku Pengurus Hal Ehwal Pelajar Kolej Teknologi Darulnaim dan Alumni USM juga tidak ketinggalan berkongsi sedikit suntikan tarbawi berkenaan Hakikat Cinta.


Semoga kita diberi kekuatan untuk mendapat cinta yang hakiki. 
bahagia kawanku, bila Allah kita cintai! 

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah & Salam Imtihan

Assalamualaikum wbt.
Moga kalian berada dalam rahmat Allah sentiasa.  
Sempena 1 muharram 1432H, kami ingin mengajak kalian untuk sama-sama realisasikan azam, maksimakan taubat, lonjakkan mujahadah untuk menjadi Mahasiswa yang cemerlang dunia dan akhirat.
hijrah kepada yang lebih baik
Buat pelajar program UTM, selamat menjalani peperiksaan akhir. Usahalah semampu kalian.Yakinlah bahawa Allah yang memberi kejayaan dan kejayaan itu tidak bermakna jika disertai dengan kemaksiatan. Semoga kejayaan kita beserta redha Allah.