Pages

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah & Salam Imtihan

Assalamualaikum wbt.
Moga kalian berada dalam rahmat Allah sentiasa.  
Sempena 1 muharram 1432H, kami ingin mengajak kalian untuk sama-sama realisasikan azam, maksimakan taubat, lonjakkan mujahadah untuk menjadi Mahasiswa yang cemerlang dunia dan akhirat.
hijrah kepada yang lebih baik
Buat pelajar program UTM, selamat menjalani peperiksaan akhir. Usahalah semampu kalian.Yakinlah bahawa Allah yang memberi kejayaan dan kejayaan itu tidak bermakna jika disertai dengan kemaksiatan. Semoga kejayaan kita beserta redha Allah.

Monday, November 29, 2010

Bintang

Gambar oleh Luciinka devianArt

"Hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG. Mahukah anda menjadi BINTANG? Bukan di pentas, bukan di televisyen tetapi di hadapan Allah." Semua orang mahu jadi bintang. Saya juga. Menjadi bintang itu kan kebanggaan keluarga? Disanjung dan dipuja orang. Seperti bintang-bintang AF yang digilai oleh anak-anak muda malah 'nenek-nenek muda'! Tetapi menjadi bintang di dunia hanyalah bersifat sementara. Hilang kecantikan atau ketampanan di wajah atau kelunakan suara, bintang tersebut akan dilupakan orang. Atau lahir bintang baru yang lebih hebat, perhatian tidak tertumpu lagi kepada bintang lama... Namun, apabila kita menjadi bintang di mata Allah, kepopularan kita tidak akan hilang selagi kita mengekalkan prestasi kita. Tidak kira berapa banyak bintang baru muncul atau semakin usia kita meningkat, kita akan tetap menjadi bintang Allah. Bagaimana mahu menjadi bintang di hadapan Allah???

Wednesday, November 17, 2010

salam aidil adha 1431

assalamualaikum wbt. Moga kalian dalam rahmat dan kasih sayang Allah. 
Kami dari MPP KTD sukacitanya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. 


 "Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik."(22:37)
"A true Muslim, one who submits his or herself completely to the Lord, is willing to follow Allah's commands completely and obediently." 

Tuesday, November 9, 2010

Program Ziarah Anak Yatim

     PANJI, Kelantan. 30 Oktober 2010 : Al-Mazandary Accounting Student Society (AMASS) dengan kerjasama Kelab Penerbitan Kreatif (KPK) telah menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat di Rumah Anak Yatim Darul Aitam. Program ini berpaksikan kepada objektif untuk merealisasikan moto KTD iaitu 'mengaji biar pandai, perangai biar baik, hidup biar boleh tumpang'. Penglibatan peserta adalah seramai 72 orang termasuk fasilitator dari KTD dan juga bersama 94 orang anak yatim dari rumah tersebut .

Taklimat oleh saudara Erwin
      Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah ice breaking dan diikuti slot perkongsian pengalaman bersama Bro Syed Hassan. Dalam slot ini, para penghuni rumah tersebut (anak-anak yatim) akan diberi penyampaian dan seterusnya membuat diskusi dalam kumpulan dan membuat pembentangan tentang apa yang difahami mereka melalui slot terbabit. Program tersebut berakhir dengan pemberian hadiah kepada para peserta dan cenderahati kepada tetamu jemputan disusuli ucapan penutup daripada penasihat AMASS dan juga penyelia Rumah Anak Yatim Darul Aitam. 

Sesi Ice Breaking 

Sesi Ice Breaking 






        Sebelum bergerak pulang ke KTD, satu sesi fotografi diadakan sebagai kenang-kenangan. Secara keseluruhan, program tersebut mendapat kerjasama yang baik daripada peserta anak-anak yatim dan mendapat pujian daripada penyelia rumah tersebut. Semoga program yang telah berlangsung dapat memberi manfaat dan impak positif kepada anak-anak yatim Rumah Anak Yatim Darul Aitam mahupun peserta-peserta dari KTD.
        Akhir kalam, tahniah dan syabas kepada AMASS dan juga KPK di atas usaha yang telah dilakukan. Semoga terus aktif berorganisasi disamping akademik yang juga tidak dilupakan sebagai perkara yang harus diutamakan di KTD.






Adik-adik perempuan bersama kakak-kakak siswi KTD

Adik-adik lelaki bersama abang-abang siswa KTD

Saturday, November 6, 2010

salam mujahadah buat pelajar program KTD


assalamualaikum.
   kepada semua pelajar Program Diploma KTD, semoga kalian dipermudahkan untuk menghadapi peperiksaan akhir yang akan bermula esok, 7 Nov 2010. Kami dari MPP KTD mendoakan agar kalian mendapat kecemerlangan. sentiasa bersangka baik dengan apa jua yang bakal Allah beri pada kalian. semoga rahmat Allah sentiasa bersama.
   
   En.Rosdi Baharom, Pengurus Hal Ehwal Pelajar KTD selalu berkata: 
        "Jika Allah suruh sesuatu, pasti Dia suka, dan semestinya Dia bantu kita."

Justeru, berusahalah semaksima mungkin dengan disertai peningkatan kadar taubat yang juga maksima. bisa? ya, kita bisa jika kita biasa. biasakanlah diri kita.

Sunday, October 31, 2010

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SEM 2 SESI 2009/ 2010

TARIKH: 27 OKTOBER 2010/19 ZULKAEDAH 1431
TEMPAT: DEWAN UTAMA, KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM

Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman selaku Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim berkata
Sesungguhnya, kecemerlangan merupakan impian semua manusia. Bahkan, Islam menganjurkan umatnya supaya gigih dan tekun mengungguli kecemerlangan dalam apa jua yang dilakukan. Sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu pekerjaan degan tekun (mengunggulinya)”
ANUGERAH

Pelajar-pelajar yang cemerlang akan dikurniakan anugerah seperti berikut:

  • Anugerah Cemerlang          (pelajar yang mendapat GPA ≥3.0)
  • Anugerah Ketua Eksekutif   (pelajar yang mendapat GPA ≥3.5 untuk program KTD)
  • Anugerah Dekan                (pelajar yang mendapat GPA ≥3.5 untuk program UTM dan KUIS)
  • Anugerah Bestari               (pelajar yang menndapat GPA ≥3.0 sekurang-kurangnya                                                     3 semester berturut-turut)
  • Anugerah Khas                  (pelajar yang menamatkan pengajian dalam tempoh 3                                                       tahun dengan GPA ≥3.0 setiap semester)
  • Anugerah Gemilang            (pelajar terbaik bagi setiap program)                                    
  • Anugerah Nilam                 (Pelajar terbaik Kolej Teknologi Darulnaim)
by Nusaibah Zahidah

by Nusaibah Zahidah

TAHNIAH KEPADA:
NUR WAHEEDAH SABARUDDIN
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH)
SETIAUSAHA AGONG MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
 KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM

Atas penerimaan Anugerah Nilam Kolej Teknologi Darulnaim

&

SEMUA PELAJAR YANG CEMERLANG, moga kalian diberkati

Monday, October 18, 2010

SEDIKIT PERUBAHAN

LALUAN KE KAFETERIA

       Laluan ini biasanya akan dinaiki air jika hujan lebat. Justeru, ini adalah langkah awal bagi menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.


     "MINI NOTICE BOARD" DEPAN BILIK/DEWAN KULIAH

Menjadi wadah bagi pelajar, pensyarah mahupun bahagian pentadbiran untuk menyampaikan maklumat.





Friday, October 15, 2010

Suasana Saringan Debat IPT peringkat Negeri Kelantan





UiTM v USM

Khusyuk

Fokus

Penonton

Urusetia berehat seketika

Penyeri majlis

Peserta dari KIST yang lantang bersuara

USM(kiri) v UNITAR(kanan)

Para hakim

Penyokong yang setia mendengar

Penuh keyakinan

Persiapan terakhir
Pendebat KTD

Taklimat kepada hakim

Taklimat kepada peserta

"ukirlah senyuman di kala kesusahan"

Monday, October 11, 2010

di Al-Khalil Zionis bunuh 2 pejuang Palestin di Al-Khalil

Khamis, 7 Okt, Tebing Barat — Tentera Zionis membunuh 2 dan menangkap lebih 10 orang pejuang Briged Al-Qassam yang lain dalam satu serangan besar-besaran di Al-Khalil di selatan Tebing Barat sejurus selepas tengah malam.


Serangan selama kira-kira 8 jam itu disertai oleh lebih 40 buah kenderaan tentera dan beberapa buah jentolak, diiringi dengan kawalan penerbangan helikopter di kawasan pergunungan Jawhar.

Tentera Zionis mengepung sebuah rumah tiga tingkat milik Radwan Rajabi, Saadi Borqan dan Ayyoub Gheith, dan beberapa buah rumah lain milik saudara-mara mereka di sekitar kawasan itu. Mereka diarahkan keluar daripada rumah masing-masing dan menuju ke jalanan, sebelum tentera Zionis bertindak menembak ke arah rumah-rumah tersebut menggunakan misil. Tentera Zionis turut meruntuhkan pagar dan sebahagian daripada rumah-rumah dengan menggunakan jentolak.

Pejuang-pejuang yang terbunuh adalah Nashat Al Karmi, 33 tahun yang berasal dari bandar Tulkarm dan Mamon Al Natsheh, 24 tahun yang berasal dari Al-Khalil. Antara mereka yang ditangkap adalah Najib Taha, Helmi Zaru, Mohammad Rajabi, Musab al-Atrash dan Ibrahim Abu Rumoz.

Ratusan penduduk bertindak melontar batu dan botol ke arah askar-askar Zionis yang mengawal mayat dua pejuang yang terkorban itu, menyebabkan mereka berundur. Tindakan ini membolehkan mayat kedua-dua pejuang dibawa ke sebuah hospital berdekatan Sekolah Tariq ibn Ziyad.

WorldBulletin melaporkan askar-askar Zionis turut menggeledah kawasan berkenaan dan merampas kamera kepunyaan jurnalis-jurnalis yang berada di tempat kejadian.

Menteri Pertahanan, Ehud Barak memuji kejayaan tentera Zionis ini. Tentera Zionis masih lagi mengenakan perintah berkurung di Al-Khalil dan tembakan antara pejuang-pejuang Palestin dan tentera Zionis dilaporkan masih berlaku. Zionis melarang pihak media daripada memasuki kawasan berkenaan. [mn/JPost/IMEMC]

~sumber dari haluanpalestin~

Thursday, October 7, 2010

Israel serang balai polis di Gaza

Gaza, Khamis 7 Okt — Jet-jet pejuang tentera udara Zionis Israel menyerang sebuah balai polis di utara Gaza, menyebabkan 3 orang awam tercedera.

Menurut laporan wakil PressTV di Gaza, serangan tersebut berlaku pada awal pagi Khamis. Letupan besar menyusul selepas serangan tersebut menyebabkan kerosakan rumah-rumah berdekatan dan masyarakat menjadi panik.

Serangan tentera Zionis ini dilakukan hanya beberapa jam selepas jet-jet pejuang mereka memasuki ruang udara Gaza sebagai latihan bagi menyerang wilayah Gaza.

Ketika laporan dibuat, jet-jet pejuang tentera Zionis masih lagi terbang rendah di ruang udara kawasan yang diserang.

Tentera Zionis menyerang Gaza pada hujung tahun 2008, menyebabkan lebih 1,500 orang terkorban. Sejak serangan besar-besaran itu, tentera Zionis terus dengan serangan dan pencerobohan ke wilayah Gaza terutama sekali di kawasan utara dan juga Rafah di sempadan Gaza-Mesir. Serangan lazimnya dibuat dengan menggunakan kereta kebal dan jet pejuang.

Tentera laut Zionis Israel juga sering menyerang nelayan-nelayan Palestin di perairan Gaza. Israel hanya membenarkan nelayan-nelayan Gaza belayar tidak lebih daripada 3 batu nautika daripada pantai Gaza, sedangkan Ketetapan Oslo memutuskan hak rakyat Palestin untuk menangkap ikan sehingga ke 20 batu nautika. (mn/PressTV)

~sumber dari haluanpalestin~

Wednesday, September 29, 2010

nikmat....

melihat,
makan,
dahaga,
berjalan,
bercakap,

.......................

jika diambil 7 lautan dijadikan dakwat untuk menulis segala nikmat yang Allah kurniakan pasti tidak cukup....
terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua...

tetapi...

adakah kita bersyukur dengan apa yang kita ada???

tanyalah diri sendiri....

.......................

jika kita melihat dunia disebelah kita....
apakah yang terjadi kepada mereka sekarang????
ada yang makan sisa-sisa makanan...
semata-mata untuk meneruskan kehidupan pada hari-hari yang mendatang...
ada yang dibunuh tanpa belas kasihan...
ada yang diseksa tidak terkata....


berbeza sungguh dengan realiti kita di Malaysia...
makan sehingga penuh perut...
suka ria sana sini...
ish3...
apa yang nak jadi kepada kita...
terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...

...................
......

resepi


Resepi Umur Panjang: Hiduplah untuk satu perjuangan maka kamu akan sentiasa hidup selagi perjuangan itu masih berterusan. (Syed Qutb). Ia akan sentiasa hidup dalam hati kita. Ketika kelelahan dan putus asa atau ketika kejayaan menghulurkan tangannya. Ia akan sentiasa mengorakkan langkah bersama kita selagi obor perjuangan terus mengobarkan nyalanya. Pahalanya dan keberkatannya berterusan hinggalah perjuangan suci ini terhenti, namun masakan ia akan terhenti. Alangkah bahagianya beliau. Semoga kita mendapat kemuliaan yang sama. Amin Ya Robbal 'Aalamin.

kita...

~mencari dan terus mencari~

Monday, August 30, 2010

Majlis Khatam al-Quran

TENTATIF PROGRAM
31 Ogos 2010 (Selasa)
*10.00 am                   :Semua pelajar berkumpul
10.10 am                     :Circle Tadarus Salasun
11.15am                      :Ketibaan tetamu jemputan
                                    :Ucapan aluan pengerusi majlis
                                     Alunan ayat suci Quran
11.30 am                     :Ucapan Presiden MPP
             (Muhammad Iqbal b Harun)-siswa
            :Ucapan wakil MPP
             (Ummu Hani’ bt Hair Zaki)-siswi
11.40 am                     :Majlis khatam Al-Quran                                                                
                                     (Us Zulkifli)-siswa
                                     (Pn Mumtazah bt Tumian)-siswi
12.30 pm                     :Penyampaian cenderahati kepada peserta Iqra’
12.45 pm                     :Penyampaian cenderahati kepada peserta Khatam
01.00 pm                     :Penyampaian cenderahati kepada peserta Hafazan
01.10 pm                     :Khidmat diri / Solat zohor (1.14)
                                    :Solat Hajat Kesyukuran Kemerdekaan
02.15 pm                     :Pertandingan Pidato Ramadhan
                                    :Persembahan asrama
                                    :Penyampaian cenderahati kepada pemenang
05.00 pm                     :Solat Asar (4.20) / Al Mathurat / khidmat diri
07.00 pm                     :Persiapan iftar jama’i
07.15 pm                     :Iftar Jama’i, Solat Maghrib (7.20)
                                    :Santapan
08.20 pm                     :Solat Isya’ (8.26), Terawih
10.00 pm                     :Bersurai
*Majlis sebelum Zohor adalah diasingkan antara siswa dan siswi.

Sunday, August 29, 2010

Sekitar Penyampaian Bantuan Aidilfitri, Ceramah Nuzul Quran & Iftar Perdana


Alhamdulillah...itulah sebaik perkataan yang harus diucapkan..dengan limpah kurnia dan kasih sayangNya, setiap yang dirancang telah pun berhasil dilaksanakan...setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang menjadi tulang belakang program yang telahpun berlaku pada tanggal 27 Ogos 2010 iaitu bahagian Pentadbiran, Kewangan,  HEA, dan juga HEP yang terlibat secara langsung...tidak dilupakan juga pihak-pihak yang secara tidak langsung telah pun memberi sumbangan berbentuk tenaga, idea, dan sebagainya..
Disertakan beberapa gambar yang sempat diambil semasa program berlangsung....
Penerima bantuan Aidilfitri siswa

Penerima bantuan Aidilfitri siswi

mendengar ceramah Nuzul Quran

Menjamah makanan berat selepas solat Maghrib




Tuesday, August 24, 2010

Thursday, August 19, 2010

kata-kata

~Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya~

Wednesday, August 18, 2010

keep clean


Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported:
"Allah's Messenger (may peace be upon him) said: When there comes the month of Ramadan, the gates of mercy are opened, and the gates of Hell are locked and the devils are chained."(Sahih Bukhari)

to all KTD~an, let us do good deeds in this Holy month.

Do something wonderful for someone today without expecting anything in return.

pick up trashes that you see along your way. let us respon on KE's exclamation to keep our lovely environment(KTD) clean and clear. especially at musolla.

may Allah give us strength to do good deeds. inshaAllah.

Tuesday, August 17, 2010

Surau Hasan Al-Banna Berwajah Baru

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangNYA, dapat kita merasai nikmat2NYA yang banyak di atas muka bumi ini...  untuk yang terbaru adalah surau baru KTD bagi menggantikan yang lama..surau tersebut telahpun siap dan boleh digunakan...dengan nama Hasan Al-Banna dikekalkan, surau tersebut boleh meningkatkan lagi semangat dan pada masa sama menambah bilangan warga KTD sendiri untuk mendekatkan lagi  diri dengan Allah s.w.t... pada tanggal 16 Ogos 2010, surau Hasan Al-Banna buat pertama kalinya digunakan bagi menyempurnakan solat Fardhu Isya' seterusnya mendirikan solat sunat Terawih berjemaah....dengan kelengkapan sistem audio yang baik serta kipas yang mencukupi, insyaAllah tiada alasan lagi akan kedengaran untuk tidak meng'imarahkan surau kita...

menunggu untuk menunaikan fardhu isya

tirai pemisah siswa dan siswi

solat jemaah tuntutan agama











tazkirah ringkas oleh Abang Zul


semoga dengan adanya surau baru ini, kita lebih bersemangat untuk mengerjakan ibadah2 wajib mahupun sunat....di samping Ramadhan yang menziarahi kita, sama2 lah kita melayan sebaik mungkin tetamu Allah ini...moga2 kita tergolong dalam golongan hambaNYA yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan...

Monday, August 16, 2010

peperiksaan

~picture by muslimultimedia~

doakan siswa siswi KUIS-KTD
yang sedang menghadapi peperiksaan akhir
semoga doa kita menjadi pengiring mereka
untuk kejayaan bersama

Berhati-hati dengan apa yang anda fikirkan kerana minda kita mencipta realiti! Fokus apa yang kita mahu, BUKAN apa yang kita tidak mahu atau takuti berlaku kerana itu adalah mengundang ia berlaku dalam hidup kita