Pada 9 Februari 2011 , Presiden & Exco MPP KTD telah dengan rasminya mengisytiharkan PEMBUBARAN Majlis Perwakilan Pelajar (MPP KTD) bagi membolehkan Piliharaya Kampus KTD diadakan untuk memilih ahli majlis Majlis Perwakilan Pelajar yang baru sesi 2011/2012. Turut hadir Penasihat MPP (HEP) dan semua Pengerusi Kelab/Persatuan yang bernaung di bawah MPP KTD.
Selepas pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP KTD) ini, semua ahli majlis Majlis Perwakilan Pelajar (MPP KTD) akan bertindak sebagai “executive caretaker” sehingga semua keputusan pemilihan diumumkan.
Kalendar Pilihanraya Kampus (MPP) KTD
Pembubaran MPP KTD | 9 Feb 2011 |
Penubuhan Jawatankuasa Pilihanraya | 10 Feb 2011 |
Borang Penamaan Calon dikeluarkan | 13 Feb 2011 |
Hari Penamaan Calon | 17 Feb 2011 (9.00 pagi - 12.30 t/hari) |
Tempoh Bantahan | 17 Feb 2011 (12.30 t/hari - 1.30 ptg) |
Hari Perisytiharan Calon yang Bertanding | 17 Feb 2011 (2.30 ptg) |
Tempoh Berkempen | 17 Feb 2011 hingga 24 Feb 2011 |
Hari Mengundi | 24 Feb 2011 (8.30 pagi - 3.00 ptg) |
Perisytiharan Calon Yang Menang | 24 Feb 2011 (6.00 ptg) |
Syarat Umum Menjadi Calon
1. Mahasiswa (senarai aktif HEA) semester 2 ke atas . Telah ada keputusan peperiksaan semester lalu.
2. Masih berbaki 1 tahun pengajian.
3. CGPA 2.5 ke atas.
4. Tiada rekod disiplin dengan kolej.
5. Mendapat sokongan untuk bertanding dari Pengurus HEA dan Pengurus HEP.
wslm
Unit Pentadbiran,Kepimpinan,Kelab/Persatuan & Alumni.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar KTD
0 comments:
Post a Comment