skip to main |
skip to sidebar
VISI & MISI
Membantu dalam melahirkan Mahasiswa/mahasiswi yang seimbang, bukan sahaja berilmu tetapi juga mempunyai akhlak terpuji, sifat kepimpinanketahanan mental dan fizikal, mentaliti yang tinggi dan mampu mengamalkan cara hidup berteraskan ISLAM dalam komuniti.
DASAR MPP
- Mendukung hasrat murni Falsafah Pendidikan Negara dan Kolej Teknologi Darulnaim.
- Memperjuangkan agar Islam menjadi cara hidup masyarakat kampus dengan menerapkan nilai-nilai Islam yang sebenarnya.
- Menentang sebarang bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta mengutamakan keadilan dan pengagihan yang saksama tanpa mengira agama, bangsa, umur, negeri, persatuan, kursus, jantina, atau sifat dalam setiap dasar yang diputuskan.
- Menyedari bahawa pelajar baru perlu untuk berkomuniti dengan masyarakat kerana mereka akan kembali kepada masyarakat jua. Maka MPP menerima dan memperjuangkan nilai-nilai persaudaraan sejagat.
- MPP adalah tidak tertakluk kepada mana-mana parti politik dan tidak akan melibatkan diri dengan apa-apa aktiviti atau program yang berkaitan dengan politik.
- MPP adalah bebas dan tersendiri.