Pages

Tuesday, November 9, 2010

Program Ziarah Anak Yatim

     PANJI, Kelantan. 30 Oktober 2010 : Al-Mazandary Accounting Student Society (AMASS) dengan kerjasama Kelab Penerbitan Kreatif (KPK) telah menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat di Rumah Anak Yatim Darul Aitam. Program ini berpaksikan kepada objektif untuk merealisasikan moto KTD iaitu 'mengaji biar pandai, perangai biar baik, hidup biar boleh tumpang'. Penglibatan peserta adalah seramai 72 orang termasuk fasilitator dari KTD dan juga bersama 94 orang anak yatim dari rumah tersebut .

Taklimat oleh saudara Erwin
      Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah ice breaking dan diikuti slot perkongsian pengalaman bersama Bro Syed Hassan. Dalam slot ini, para penghuni rumah tersebut (anak-anak yatim) akan diberi penyampaian dan seterusnya membuat diskusi dalam kumpulan dan membuat pembentangan tentang apa yang difahami mereka melalui slot terbabit. Program tersebut berakhir dengan pemberian hadiah kepada para peserta dan cenderahati kepada tetamu jemputan disusuli ucapan penutup daripada penasihat AMASS dan juga penyelia Rumah Anak Yatim Darul Aitam. 

Sesi Ice Breaking 

Sesi Ice Breaking 






        Sebelum bergerak pulang ke KTD, satu sesi fotografi diadakan sebagai kenang-kenangan. Secara keseluruhan, program tersebut mendapat kerjasama yang baik daripada peserta anak-anak yatim dan mendapat pujian daripada penyelia rumah tersebut. Semoga program yang telah berlangsung dapat memberi manfaat dan impak positif kepada anak-anak yatim Rumah Anak Yatim Darul Aitam mahupun peserta-peserta dari KTD.
        Akhir kalam, tahniah dan syabas kepada AMASS dan juga KPK di atas usaha yang telah dilakukan. Semoga terus aktif berorganisasi disamping akademik yang juga tidak dilupakan sebagai perkara yang harus diutamakan di KTD.






Adik-adik perempuan bersama kakak-kakak siswi KTD

Adik-adik lelaki bersama abang-abang siswa KTD

0 comments:

Post a Comment