Monday, August 30, 2010
Majlis Khatam al-Quran
Sunday, August 29, 2010
Sekitar Penyampaian Bantuan Aidilfitri, Ceramah Nuzul Quran & Iftar Perdana
Alhamdulillah...itulah sebaik perkataan yang harus diucapkan..dengan limpah kurnia dan kasih sayangNya, setiap yang dirancang telah pun berhasil dilaksanakan...setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang menjadi tulang belakang program yang telahpun berlaku pada tanggal 27 Ogos 2010 iaitu bahagian Pentadbiran, Kewangan, HEA, dan juga HEP yang terlibat secara langsung...tidak dilupakan juga pihak-pihak yang secara tidak langsung telah pun memberi sumbangan berbentuk tenaga, idea, dan sebagainya..
Disertakan beberapa gambar yang sempat diambil semasa program berlangsung....
Penerima bantuan Aidilfitri siswa |
Penerima bantuan Aidilfitri siswi |
mendengar ceramah Nuzul Quran |
Menjamah makanan berat selepas solat Maghrib |
Tuesday, August 24, 2010
Thursday, August 19, 2010
Wednesday, August 18, 2010
keep clean

"Allah's Messenger (may peace be upon him) said: When there comes the month of Ramadan, the gates of mercy are opened, and the gates of Hell are locked and the devils are chained."(Sahih Bukhari)
Tuesday, August 17, 2010
Surau Hasan Al-Banna Berwajah Baru
Monday, August 16, 2010
peperiksaan

doakan siswa siswi KUIS-KTD
yang sedang menghadapi peperiksaan akhir
semoga doa kita menjadi pengiring mereka
untuk kejayaan bersama
Berhati-hati dengan apa yang anda fikirkan kerana minda kita mencipta realiti! Fokus apa yang kita mahu, BUKAN apa yang kita tidak mahu atau takuti berlaku kerana itu adalah mengundang ia berlaku dalam hidup kita
doakan mereka...
Ramadhan di Gaza di Tengah Embargo dan Ketiadaan Bekalan Elektrik
Sudah lebih empat tahun rakyat Gaza dibelenggu oleh embargo. Kini mereka bersiap menyambut ketibaan bulan ketaatan, ampunan, rahmat dan keredhaan, bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, di tengah cuaca yang sangat panas dan ketiadaan bekalan elektrik akibat terhentinya operasi satu-satunya janakuasa yang ada di Gaza akibat kehabisan bahan bakar.
Seorang warga yang berasal dari Kota Gaza, Fadi Dardasawi, 40 tahun berkata, “Ramadhan datang setiap tahun dengan membawa banyak kejutan. Tahun ini Ramadhan datang ketika sebahagian daripada kami menganggur akibat embargo. Derita itu ditambah lagi dengan bekalan elektrik yang terputus secara berterusan dalam jangka waktu yang lama”.
Beliau menambah, “Terputusnya bekalan elektrik di bulan Ramadhan ini bermakna kematian kami secara perlahan-lahan di tengah meningkatnya suhu cuaca panas, lebih panas dari kebiasaannya. Ya Allah, ya Tuhan kami, tolonglah kami untuk berpuasa di bulan Ramadhan dengan sebaik mungkin”.
Jabatan Kesihatan Palestin telah memberi amaran kemungkinan berlaku bencana kemanusiaan di Gaza akibat ketiadaan bekalan elektrik dalam jangka masa yang lama. Mereka menyeru kepada semua pihak, baik tempatan mahupun antarabangsa, untuk membantu dan menghantar bekalan bahanapi yang diperlukan ke hospital-hospital bagi melindungi nyawa ratusan pesakit yang terbaring dan memerlukan rawatan. Tanpa bekalan elektrik, bencana kemanusiaan yang besar akan berlaku.
Seorang lagi warga Gaza, Abu Muhammad mengatakan, “Pertama sekali saya memohon kepada Allah agar saya dapat dipanjangkan umur hingga Ramadhan dalam keadaan sihat dan afiat. Kerana manusia tidak dapat menajamin hidup hingga esok. Apa yang ingin saya katakan untuk Ramadhan tahun ini, malahan sama seperti Ramadhan sebelumnya, adalah bahawa rakyat Palestin masih lagi hidup di bawah embargo zalim Zionis yang belum berakhir kerana kelemahan bangsa Arab dan kaum Muslimin”.
Dia menyambung, “Benar, saya masih dapat memenuhi keperluan untuk bulan Ramadhan, namun selain daripada saya masih ramai yang tidak mampu membeli walaupun sebiji kurma untuk anak-anak mereka akibat tidak ada pekerjaan. Untuk itu saya menyeru kepada semua orang kaya dan dermawan untuk menyumbang sedikit harta mereka dan mengukir senyuman di wajah rumah-rumah yang tertutup di Gaza. Bulan Ramadhan adalah bulan saling bantu-membantu, persaudaraan dan cinta, dan setiap kebaikan di dalamnya dilipat-gandakan”.
Mengenai krisis bekalan elektrik, Abu Muhammad dengan optimis mengulas, “Sejak beberapa bulan kami hidup dalam krisis bekalan elektrik. Benar, hal itu mengeruhkan kebahagiaan Ramadhan dan puasa akibat suhu tinggi di musim panas ini. Namun hal itu tidak akan menimbulkan masalah bagi kami. Saya yakin krisis ini akan selesai dalam waktu terdekat. Untuk itu saya tidak perlu takut dan cemas”.
Manakala Abu Muadz yang berasal dari utara Gaza mengatakan, “Harus ada persiapan menyambut Ramadhan dengan mempersiapkan diri membaca al-Quran, menjaga zikir, solat lima waktu, i’tikaf dan solat malam.” Dia menambah, “Satu-satunya yang baru di bulan Ramadhan tahun ini adalah tersedianya banyak barang keperluan Ramadhan kerana Israel membenarkan masuk sejumlah barang, selain penyeludupan melalui terowong. Sehinggakan pasar-pasar di Gaza penuh dengan berbagai macam barang.” Namun daya beli masyarakat rendah kerana ramai yang kehilangan pekerjaan akibat emabrgo.
Abu Muadz mengatakan, “Ramadhan tahun ini datang ketika banyak masalah membelenggu rakyat Palestin yang sedang diembargo. Embargo masih menjadi masalah yang sangat besar bagi rakyat Palestin, kerana telah menghalang mereka daripada mendapatkan air dan udara. Masalah lain adalah terputusnya bekalan elektrik dalam tempoh yang lama di tengah-tengah cuaca yang sangat panas. “Bagaimana kami dapat berpuasa di tengah-tengah suhu yang sangat panas dan terputusnya bekalan elektrik, salah satu daripada keduanya meringankan satu sama lain. Namun bila kedua-keduanya berlaku, Ya Allah ya Tuhan kami, tolonglah kami berpuasa di bulan mulia ini.” (mn/PIP)
~sumber http://haluanpalestin.haluan.org.my~