Pages

Monday, October 11, 2010

di Al-Khalil Zionis bunuh 2 pejuang Palestin di Al-Khalil

Khamis, 7 Okt, Tebing Barat — Tentera Zionis membunuh 2 dan menangkap lebih 10 orang pejuang Briged Al-Qassam yang lain dalam satu serangan besar-besaran di Al-Khalil di selatan Tebing Barat sejurus selepas tengah malam.


Serangan selama kira-kira 8 jam itu disertai oleh lebih 40 buah kenderaan tentera dan beberapa buah jentolak, diiringi dengan kawalan penerbangan helikopter di kawasan pergunungan Jawhar.

Tentera Zionis mengepung sebuah rumah tiga tingkat milik Radwan Rajabi, Saadi Borqan dan Ayyoub Gheith, dan beberapa buah rumah lain milik saudara-mara mereka di sekitar kawasan itu. Mereka diarahkan keluar daripada rumah masing-masing dan menuju ke jalanan, sebelum tentera Zionis bertindak menembak ke arah rumah-rumah tersebut menggunakan misil. Tentera Zionis turut meruntuhkan pagar dan sebahagian daripada rumah-rumah dengan menggunakan jentolak.

Pejuang-pejuang yang terbunuh adalah Nashat Al Karmi, 33 tahun yang berasal dari bandar Tulkarm dan Mamon Al Natsheh, 24 tahun yang berasal dari Al-Khalil. Antara mereka yang ditangkap adalah Najib Taha, Helmi Zaru, Mohammad Rajabi, Musab al-Atrash dan Ibrahim Abu Rumoz.

Ratusan penduduk bertindak melontar batu dan botol ke arah askar-askar Zionis yang mengawal mayat dua pejuang yang terkorban itu, menyebabkan mereka berundur. Tindakan ini membolehkan mayat kedua-dua pejuang dibawa ke sebuah hospital berdekatan Sekolah Tariq ibn Ziyad.

WorldBulletin melaporkan askar-askar Zionis turut menggeledah kawasan berkenaan dan merampas kamera kepunyaan jurnalis-jurnalis yang berada di tempat kejadian.

Menteri Pertahanan, Ehud Barak memuji kejayaan tentera Zionis ini. Tentera Zionis masih lagi mengenakan perintah berkurung di Al-Khalil dan tembakan antara pejuang-pejuang Palestin dan tentera Zionis dilaporkan masih berlaku. Zionis melarang pihak media daripada memasuki kawasan berkenaan. [mn/JPost/IMEMC]

~sumber dari haluanpalestin~

Thursday, October 7, 2010

Israel serang balai polis di Gaza

Gaza, Khamis 7 Okt — Jet-jet pejuang tentera udara Zionis Israel menyerang sebuah balai polis di utara Gaza, menyebabkan 3 orang awam tercedera.

Menurut laporan wakil PressTV di Gaza, serangan tersebut berlaku pada awal pagi Khamis. Letupan besar menyusul selepas serangan tersebut menyebabkan kerosakan rumah-rumah berdekatan dan masyarakat menjadi panik.

Serangan tentera Zionis ini dilakukan hanya beberapa jam selepas jet-jet pejuang mereka memasuki ruang udara Gaza sebagai latihan bagi menyerang wilayah Gaza.

Ketika laporan dibuat, jet-jet pejuang tentera Zionis masih lagi terbang rendah di ruang udara kawasan yang diserang.

Tentera Zionis menyerang Gaza pada hujung tahun 2008, menyebabkan lebih 1,500 orang terkorban. Sejak serangan besar-besaran itu, tentera Zionis terus dengan serangan dan pencerobohan ke wilayah Gaza terutama sekali di kawasan utara dan juga Rafah di sempadan Gaza-Mesir. Serangan lazimnya dibuat dengan menggunakan kereta kebal dan jet pejuang.

Tentera laut Zionis Israel juga sering menyerang nelayan-nelayan Palestin di perairan Gaza. Israel hanya membenarkan nelayan-nelayan Gaza belayar tidak lebih daripada 3 batu nautika daripada pantai Gaza, sedangkan Ketetapan Oslo memutuskan hak rakyat Palestin untuk menangkap ikan sehingga ke 20 batu nautika. (mn/PressTV)

~sumber dari haluanpalestin~

Wednesday, September 29, 2010

nikmat....

melihat,
makan,
dahaga,
berjalan,
bercakap,

.......................

jika diambil 7 lautan dijadikan dakwat untuk menulis segala nikmat yang Allah kurniakan pasti tidak cukup....
terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua...

tetapi...

adakah kita bersyukur dengan apa yang kita ada???

tanyalah diri sendiri....

.......................

jika kita melihat dunia disebelah kita....
apakah yang terjadi kepada mereka sekarang????
ada yang makan sisa-sisa makanan...
semata-mata untuk meneruskan kehidupan pada hari-hari yang mendatang...
ada yang dibunuh tanpa belas kasihan...
ada yang diseksa tidak terkata....


berbeza sungguh dengan realiti kita di Malaysia...
makan sehingga penuh perut...
suka ria sana sini...
ish3...
apa yang nak jadi kepada kita...
terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...

...................
......

resepi


Resepi Umur Panjang: Hiduplah untuk satu perjuangan maka kamu akan sentiasa hidup selagi perjuangan itu masih berterusan. (Syed Qutb). Ia akan sentiasa hidup dalam hati kita. Ketika kelelahan dan putus asa atau ketika kejayaan menghulurkan tangannya. Ia akan sentiasa mengorakkan langkah bersama kita selagi obor perjuangan terus mengobarkan nyalanya. Pahalanya dan keberkatannya berterusan hinggalah perjuangan suci ini terhenti, namun masakan ia akan terhenti. Alangkah bahagianya beliau. Semoga kita mendapat kemuliaan yang sama. Amin Ya Robbal 'Aalamin.

kita...

~mencari dan terus mencari~