Pages

Friday, February 18, 2011

PILIHANRAYA KAMPUS KTD SESI 2011/2012 : UCAPAN PENASIHAT

Assalamualaikum wrh wbt ,

Saya mengatur setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT di atas segala
pemberian ke atas kita semua. Nikmat terbesar adalah kurniaan Islam dan Iman.
Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Rasulullah SAW , keluarga
baginda , para sahabat serta mereka yang mengikuti jalanNya.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih di atas segala sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh
barisan Presiden dan Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Teknologi
Darulnaim. MPP telah memberikan yang terbaik dalam mengemudikan kegiatan
mahasiswa melalui kelab dan persatuan yang bernaung di bawah MPP. Melalui
bimbingan yang telah saya berikan, MPP kali ini mampu dan berjaya menyiapkan
beberapa tugasan , antaranya menyediakan bentuk dokumentasi yang baik bagi
penerusan barisan MPP akan datang. Selain daripada itu barisan MPP telah dapat
memandu kelab dan persatuan untuk mencapai beberapa sasaran yang telah
ditetapkan dalam beraktiviti agar mencapai objektif yang telah ditetapkan (KRA &
KPI).

Kerjasama yang erat diantara MPP dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) secara tidak
langsung memudahkan lagi ke arah pencapaian yang lebih baik bertepatan dengan
nilai teras Kolej Teknologi Darulnaim. Semoga sifat kepimpinan yang dipupuk
melalui MPP ini dapat diteruskan lagi dan dipertingkatkan agar memberi manfaat
kepada pembangunan ummah ini.

Saya berharap dengan pembubaran MPP kali ini tidak melunturkan semangat dan
gerak kerja yang baik yang telah diberikan dalam meneruskan lagi perkhidmatan
serta membimbing barisan MPP baru yang akan dibentuk. Bantu mereka untuk
meneruskan kejayaan yang telah diakar dan melonjak ke arah yang lebih baik lagi.
Saudara/i merupakan sebahagian dari Majlis Penasihat yang dapat membantu memberi
bimbingan kepada MPP baru sebelum menamatkan pengajian semester ini.

Akhir sekali saya selaku Penasihat & Pembimbing MPP bagi pihak Hal Ehwal Pelajar
(HEP) ingin memohon maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan yang berlaku
dalam membimbing barisan MPP. Saya ucapkan JazakumulLahukhairankathira di atas
segala bentuk sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga saudara/i
memperolehi kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan baik di dunia mahu pun di
akhirat kelak.

Wassalamualaikum wrh wbt.

Penasihat MPP

Unit Pentadbiran,Kepimpinan,Kelab/Persatuan & Alumni
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) KTD

Monday, February 14, 2011

PILIHANRAYA KAMPUS KTD SESI 2011/2012

Assalamualaikum,

Pada 9 Februari 2011 , Presiden & Exco MPP KTD telah dengan rasminya mengisytiharkan PEMBUBARAN Majlis Perwakilan Pelajar (MPP KTD) bagi membolehkan Piliharaya Kampus KTD diadakan untuk memilih ahli majlis Majlis Perwakilan Pelajar yang baru sesi 2011/2012. Turut hadir Penasihat MPP (HEP) dan semua Pengerusi Kelab/Persatuan yang bernaung di bawah MPP KTD.

Selepas pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP KTD) ini, semua ahli majlis Majlis Perwakilan Pelajar (MPP KTD) akan bertindak sebagai “executive caretaker” sehingga semua keputusan pemilihan diumumkan.

Kalendar Pilihanraya Kampus (MPP) KTD
 
Pembubaran MPP KTD 9 Feb 2011
Penubuhan Jawatankuasa Pilihanraya 10 Feb 2011
Borang Penamaan Calon dikeluarkan 13 Feb 2011
Hari Penamaan Calon 17 Feb 2011 (9.00 pagi - 12.30 t/hari)
Tempoh Bantahan 17 Feb 2011 (12.30 t/hari - 1.30 ptg)
Hari Perisytiharan Calon yang Bertanding 17 Feb 2011 (2.30 ptg)
Tempoh Berkempen 17 Feb 2011 hingga 24 Feb 2011
Hari Mengundi 24 Feb 2011 (8.30 pagi - 3.00 ptg)
Perisytiharan Calon Yang Menang 24 Feb 2011 (6.00 ptg)


Syarat Umum Menjadi Calon

1. Mahasiswa (senarai aktif HEA) semester 2 ke atas . Telah ada keputusan peperiksaan semester lalu.
2. Masih berbaki 1 tahun pengajian.
3. CGPA 2.5 ke atas.
4. Tiada rekod disiplin dengan kolej.
5. Mendapat sokongan untuk bertanding dari Pengurus HEA dan Pengurus HEP.

wslm

Unit Pentadbiran,Kepimpinan,Kelab/Persatuan & Alumni.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar KTD